Archive for December, 2009

Tak menjawab email

Asalamualaikum,

Sebentar tadi saya menerima telefon dari seorang rakan karib saya. Apa yang di beritahu oleh dia, tidak memeranjatkan saya. Dia terbaca di blog2 perkahwinan yang mengatakan saya tidak menjawab email email client. Kalau saya tak jawab, macam mana saya nak buat wedding? betul tak? Sebenarnya, saya rasa, saya jawab semua pertanyaan yang di tanya melalui email. Cuma, mungkin, sekali sekala saya terlepas pandang, atau, email saudara saudari termasuk dalam Spam Box.

Sehari, saya dapat tak kurang dari 30-50 email dan 70% darinya ialah Spam sahaja. Macam macam yang saya dah buat untuk tapis, tapi tetap juga datang. Saya minta maaf kepada mereka yang terasa saya tak menjawab email2 saudara. Apa-apa pun, saya ingin melakukan yang terbaik untuk menjawab email-email dan pertanyaan saudara dan saudari berkenaan dengan package dan sebagainya…

Pada sesiapa yang  terasa saya tak menjawab email, anda boleh email saya lagi sekali, mungkin email saudara2 itu tidak sampai, atau saya terlepas pandang atau juga masuk terus ke spam mail folder.

Saya ada juga dapat email dari ramai client yang menghantar sampai 2-3 kali email, baru saya jawab, sebab secara jujurnya, saya mungkin tak perasan, atau terlepas pandang, dan Alhamdulillah, ada juga client  yang saya dapat :)

Seperti saya cakap kan tadi, kalau saya tak jawab, lebih baik saya tak buat wedding lansung sebab setiap email yang saya jawab itu amat beharga kerana mungkin dari situ adanya potential client

Redzwan Najib & Humaiyah Wedding Video Clip

Best of Wedding Photos by Syahrin Aziz The Wedding Diaries TEAM

Thanks to:

Radzi Aziz

Juaini Shamsul

Hilmi Jaafar

The Wedding of Eka & Amir

Eka Wedding Reception KGNS

Amir’s Wedding Reception | Residence, Kelana Jaya |